Berikut adalah diantara sebab-sebab dan cara untuk mengatasi punca anak sakit perut bagi amalan harian anda:
1- RADANG USUS DAN PERUT (GASTRONENTRIS)
Punca anak sakit perut disebabkan muntah-muntah dan cirit-birit, berkemungkinan mereka mengalami masalah radang usus dan perut yang disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria.
Jika masalah ini disebabkan oleh virus, anda tidak boleh merawatnya dengan pemberian antibiotik, kerana ini akan menyebabkan anak anda hilang selera makan dan menggalakkan lagi muntah-muntah dan cirit-birit.
Dengan itu, pastikan anak anda diberi cukup cecair dari hari pertama anak anda mengalami sakit perut untuk 2 atau 3 hari.
Kebiasaannya, pada ketika ini, anak-anak tidak boleh mengambil produk tenusu, jadi berikan anak anda air kosong, jus atau garam pencegah dehidrasi.
Selepas anak anda kelihatan sembuh atau kesakitan berkurangan, berikan dia pisang, nasi, epal dan makanan panggang atau bijirin dan biskut untuk beberapa hari.
2- ALAH TENUSU
ALAH SUSU dan LAKTOSA biasanya jarang berlaku pada kanak-kanak. Punca anak sakit perut yang disebabkan susu biasanya kerana pertukaran daripada penyusuan susu ibu kepada susu formula atau memakan produk tenusu lain seperti keju.
Simptom ini akan menyebabkan anak-anak mengalami muntah-muntah, cirit-birit dan sakit perut. Bagi memastikan masalah ini berpunca dari produk tenusu, anda disarankan untuk tidak memberikan anak anda produk berkenaan untuk beberapa hari. Kemudian anda berikan semula produk berkenaan dan lihat keadaannya.
Kanak-kanak yang alah pada susu protein akan diberikan susu soya sebagai alternatif. Namun, tidak semua kanak-kanak boleh menerimanya. Ini kerana menurut beberapa kajian, lima hingga sepuluh peratus anak-anak yang alah pada susu kadangkala alah juga alah pada soya.
Jika anak anda tergolong dalam kategori ini, anda disarankan untuk merujuknya kepada doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat yang lebih terperinci.
3- PERUBAHAN DALAM DIET
SEMBELIT juga adalah punca anak sakit perut. Ini merupakan masalah biasa bagi kanak-kanak yang sudah mula pandai memilih makanan sendiri.
Bagaimanapun, sistem percernaannya akan kembali normal selepas enam bulan. Bantu anak anda dengan memberinya cukup serat dan cecair.
4- MASALAH PERNAFASAN
SELSEMA juga boleh menyebabkan anak anda mengalami masalah sakit perut. Betul ke? Punca anak sakit perut berlaku kerana kebanyakan lendir daripada bahagian hidung masuk ke bahagian kerongkong. Apabila anak anda menelannya, ia boleh menjejaskan perut.
Jika ini berlaku kepada anak anda yang mengalami selsema, bawalah dia berjumpa dengan doktor untuk menerima rawatan bagi mengelakkan keadaan bertambah serius.
5- SAKIT PERUT DAN MUNTAH
JANGAN tunggu jika anak anda mengalami muntah-muntah yang berulang dan tidak bermaya! Ini mungkin disebabkan rektum anak anda mengalami pendarahan yang biasanya dikaitkan dengan masalah usus.
Anak anda juga berkemungkinan akan mengalami demam dan tidak mahu minum air, kerana mungkin disebabkan berhadapan dengan radang umbai usus, iaitu membengkak di bahagian apendik. Jika ini adalah punca anak sakit perut, bawalah anak anda berjumpa doktor dengan segera untuk menerima rawatan.
6- ANGIN
ANGIN dalam badan memang membosankan dan menyakitkan bagi kita orang dewasa. Apatah lagi jika ini berlaku pada kanak-kanak. Ini juga punca anak sakit perut yang selalu berlaku pada kanak-kanak yang kerap meminum air jus kerana sukar dihadamkan.

No comments:
Post a Comment